Home Beauty/Skincare Food Lifestyle Segmen/Giveaway

Wednesday, 2 January 2013

Rumpai Laut/Ibu Kolengen/Pure Marine Collagen - Reviews

Assalamualaikum dan Selamat Petang




Aku rase dah ramai yang tahu kot pasal rumpai laut niew terutama bagi kaum-kaum
wanita yang ingin muka cantik dah mulus gitu.Aku lak merupakan salah seorang pengguna
rumpai laut/ibu kolengan...aku sebenarnya baru jew guna dalam sebulan mcm tu
sebelum niew aku selalu tengok orang duk post2 dalam facebook,aku ingatkan untuk makan
sebab aku memang xleh nak telan kalo bab2 makan niew...last2 ade seorang akak niew
bagitahu bukan setakat untuk makan tapi boleh digunakan sebagai masker untuk muka
hurmm nampak sangat aku niew x up to date kan pasal benda2 gini kekekekkeee......


Oklah meh aku cite sikit pasal rumpai laut niew k...Rumpai laut banyak kegunaan terutamanya
sebagai makanan kerana ia dikatakan kaya dgn zat, vitamin dan mineral. Malah di negara Jepun, rumpai laut telah menjadi sebahagian drpd pemakanan penting masyarakat di negara tersebut patut lah kulit depa cantik2 belaka >_<  rumpai laut niew pon banyak jenis dan grednya
rumpai laut yang terkenal dari Jepun adalah seperti nori, hijiki, wakame, arame, kombu dan dulse. Nori berwarna ungu-kehitaman yang akan bertukar kepada warna hijau apabila dibakar dan amat popular digunakan dalam membuat sushi.




Ha lufya niew pengguna yang tegar rumpai laut tengok jelah muka lufya niew comel
sangat2....waduhhhh ader skit kejelesan aku di situ.....

Kelebihan Rumpai Laut
  • Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
  • Anti-bakteria, membuang TOKSIN
  • Menghilangkan SEMBELIT
  • Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
  • MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
  • Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA
  • MENGUATKAN SISTEM ABDOMEN dan memelihara KELENJAR TIROID
  • Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN & TEMPAT HITAM
  • SELULIT dan JERAWAT
  • Membantu meningkatkan METABOLISME
  • Memejalkkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG
  • Menurunkan tahap KOLESTROL dalam tubuh
  • Melembutkan TUMIT KAKI merekah
  • Menguatkan TULANG SENDI, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS
  • Meningkatkan PEREDARAN DARAH, mengurangi sakit BAHU dan BELAKANG
  • Mencegah KANSER/TUMOR
  • Meningkatkan fungsi PENGHADAMAN/PENCERNAAN dan MERAWAT GASTRIK
  • Mencegah ANEMIA
  • Memberi Kekenyangan/DIET
  • Meningkatkan SEL RAWAN, LIGAMEN dan OTOT
  • Memberi TENAGA


Sebenarnya dah ramai aku dengar yang rumpai niew bagus untuk kesihatan dan kecantikan
kawan aku pon dah ramai yang cuba dan semua cakap bagus.Tapi lagi bagus kalo
korang makan rumpai laut tu kalo nak dapat result yang bagus....tapi aku memang
xleh nak makan rumpai laut tak tahu kenapa susah aku nak telan..sebab tu aku
guna untuk rumpai laut sebagai masker muka jew kekekekee


niew lah rupanya rumpai laut yang dah siap dimasak tapi bukan aku lah yang
masak akak yang aku beli masker rumpai laut yang masak kekekeke..
sebab nak cuci dgn masak pon kenalah betulkan.....aku beli dalam Rm 5 jew
untuk tempek dekat muka..kalo untuk makan + masker Rm 50 yang
dah siap masak.


Bekas dia besar macam gambar dekat atas tu boleh guna dalam sebulan atau sebulan lebih
macam tu kalo korang x miss pakai setiap malam lah...lepas seminggu pakai kulit aku nampak
ok skit berbanding sebelum niew sebab kulit muka aku jenis berminya..lepas guna
masker laut niew dah kurang sikit berminyak..muka pon nampak lembut jew dan bersih

Cara guna korang kenalah cuci muka bersih2 lepas tu korang sapu dekat muka
tunggu lah dalam 10-15 minit kemudian cuci muka tu..tapi aku selalu pakai
buat tido biarkan semalaman bangun tido pagi esok baru aku cuci...
keberkesanan bergantung pada jenis kulit juga ya..sebab kulit kita semua berbeza-
beza ^^ dan banyakan minum air masak....so sampai sini jelah entry aku
kali niew..lain kali aku citer produk kecantikan lain plak yang aku guna.....BYE













◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

1 comments:

hazanis said...

byk kelebihannya. nk cuba tp belum kesampaian.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Sweet Melody
Design by Ccicute Design